Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas menteri pendidikan Musa Mohamad meninggal dunia
Diterbitkan:  Jun 9, 2024 8:16 AM
Dikemaskini: 12:16 AM

Bekas Menteri Pendidikan yang juga bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Tan Sri Musa Mohamad, 81, meninggal dunia akibat kanser darah, malam ini.

Menurut anak perempuan Allahyarham, Aisya Natasha Musa, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada 7.12 malam di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya akibat kanser darah Mieloma berbilang.

"Tan Sri meninggal dunia sebab kanser Multiple Myeloma dan akan dikebumikan esok Insya-Allah," katanya ringkas.

Anak jati Bagan Datuk itu merupakan individu pertama bukan ahli politik memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan dari tahun 1999 hingga 2004.

Selain pernah berkhidmat di USM, Allahyarham turut memegang beberapa jawatan penting antaranya Presiden Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Antarabangsa dari tahun 2001 hingga 2003.

Selain itu, Musa juga merupakan bekas Pengerusi Multimedia University dan Pengerusi Majlis Universti UCSI.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS