Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Warga asing rompak pemandu e-hailing wanita ditahan

Polis menahan seorang lelaki warga asing di Jalan Ling Kai Cheng di Sibu semalam, disyaki terlibat dengan kes rompakan bersenjata seorang pemandu e-hailing wanita di bandar ini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata suspek warganegara Indonesia berumur 18 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu pada 1.30 tengah hari.

"Suspek disyaki terlibat melakukan rompakan dengan senjata terhadap seorang mangsa wanita berusia 55 tahun yang merupakan pemandu e-hailing," katanya dalam kenyataan di Sibu hari ini.

Zulkipli berkata kejadian rompakan itu berlaku ketika mangsa mengambil suspek di Jalan Teku – Jalan Pasai Siong di sini, untuk dihantar ke sebuah lokasi berhampiran kira-kira 4.30 pagi, 30 Mei lepas.

“Selepas memasuki kereta, suspek secara tiba-tiba mengacukan pisau ke leher mangsa, namun wanita itu berjaya melepaskan diri dan berlari keluar meninggalkan keretanya,” katanya dan menambah suspek kemudian bertindak melarikan kereta serta barang-barang berharga milik mangsa.

Zulkipli berkata mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan keretanya ditemukan mengalami kemalangan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Beliau berkata polis telah memperoleh perintah mahkamah untuk mereman suspek hingga 17 Jun ini untuk siasatan di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan dengan senjata sehingga menyebabkan kecederaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS