ESEI FOTO | Perkembangan platform penstriman menjadikan pawagam yang suatu ketika dulu meriah pada musim cuti sekolah dengan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka berhibur, kini kian sepi.
Demikian nasib pawagam Coliseum di Kuala Lumpur yang sudah beroperasi lebih 104 tahun.
Bangunan yang dibina pada 1920 itu dikenali menayangkan filem blockbuster Tamil. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, ia juga menayangkan filem klasik Melayu suatu ketika dahulu.
Pengurus pawagam Coliseum, Shamala, 32, berkata pawagam pada masa kini bergelut untuk mengekalkan operasi. Lebih parah lagi, katanya, filem kini boleh dimuat turun secara percuma ketika ini.
Namun, Shamala berkata, pawagam masih punya harapan.
Katanya, filem-filem tertentu masih berjaya menarik penonton meninggalkan skrin di rumah dan masih ada khalayak yang mahu melihat pelakon kegemaran mereka di layar pawagam.