Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di Puchong

Sebanyak tujuh kenderaan mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat dan ribut di kawasan parkir di Taman Kinrara, Puchong di Selangor hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.24 petang.

Dia berkata seramai sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer daripada balai berkenaan.

“Ketika tiba di lokasi, pihak bomba mendapati sebatang pokok telah tumbang, namun tiada mangsa yang terlibat. Kerja-kerja untuk mengalihkan pokok tersebut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS