Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Kepulauan Tonga

Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Tonga pada 4.47 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pusat gempa itu, terletak 19.5 darjah selatan dan 174.5 darjah barat dengan kedalaman 138 kilometer (km) iaitu 752km timur dari Laucala, Fiji.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS