Paling Popular
Terkini

Bekas setiausaha politik bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainuddin sekali lagi didakwa pertuduhan rasuah.

Kali ini, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan meminta rasuah RM350,000 bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon supaya dibicarakan.

"Faham (pertuduhan), saya mohon dibicarakan," katanya.

Semalam di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dia didakwa atas dua pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM350,000.

Ia bagi membantu Syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd mendapatkan tender RM381 juta bagi perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semasa prosiding di hadapan hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud Harun, hari ini, dia didakwa atas dakwaan meminta jumlah yang sama untuk firma itu mendapatkan tender.

Sayed Amir, 41 didakwa meminta jumlah itu daripada pengarah urusan syarikat berkenaan, Wan Azhar Mohamed Yusof pada Disember 2020.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS