Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

1MDB mengheret ketua pegawai pelaburan Petrosaudi International Ltd (PSI) Patrick Andrew March Mahony (Patrick Mahony) dan sebuah firma guaman yang berpangkalan di United Kingdom ke mahkamah sivil Malaysia untuk memaksa mereka memulangkan AS$1.83 bilion dananya yang dilaburkan dalam usaha sama pada 2009.

Firma dana pelaburan negara itu memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Mei, dengan menamakan warga Britain tersebut dan White & Case LLP sebagai defendan pertama dan kedua.

Menurut kenyataan tuntutan mahkamah yang dilihat oleh Malaysiakini, 1MDB mendakwa syarikat itu mengelirukan mereka mengenai PSI yang dimiliki oleh Allayarham Raja Arab Saudi, Abdullah, sehingga mereka bersetuju untuk menjalinkan usaha sama.

Plaintif mendakwa Mahony dengan sengaja menyertai skim itu untuk menipunya.

Antara tuntutan 1MDB adalah perintah supaya Mahony membayar balik AS$1.83 bilion kepada syarikat itu.

Plaintif juga memohon pengisytiharan bahawa White & Case bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang sama sebagai pemegang amanahuntuk 1MDB, atas alasan dakwaan bantuan tidak jujur.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS