Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penyasaran subsidi diesel sudah dipersetujui kabinet
Diterbitkan:  May 21, 2024 10:03 PM
Dikemaskini: 3:05 PM

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan subsidi bersasar diesel yang dijangka mampu membawa penjimatan kira-kira RM4 bilion kepada negara setiap tahun, kata Anwar Ibrahim

Menurut perdana menteri langkah tersebut akan dijalankan di Semenanjung Malaysia saja kerana keadaannya berbeza untuk situasi di Sabah dan Sarawak.

Katanya keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat kabinet hari ini.

Anwar menjelaskan langkah tersebut hanya memberi kesan kepada golongan kaya serta warga asing, manakala kelompok lain termasuk B40 akan tetap mendapat manfaat melalui pelbagai inisiatif kerajaan.

Katanya butiran lanjut mengenai langkah tersebut akan diperincikan oleh kementerian berkaitan tidak lama lagi.

"Di Semenanjung, tidak di Sabah dan Sarawak...di Sabah Sarawak hampir semua rumah guna diesel.

"Kita berikan subsidi kepada pengguna komersial termasuk 10 jenis kenderaan dan 23 pengangkutan di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi.

"Kita akan sedia bantuan tunai kepada individu menggunakan diesel (agar) tak terkesan dengan penyasaran subsidi.

"Kalau ada rakyat terkesan boleh rujuk kementerian berkaitan...saya beri pengakutan sebarang penyasaran tak boleh terkesan pada rakyat teramai," katanya dalam Perutusan Negara Perdana Menteri yang disiarkan dibeberapan saluran televisyen malam ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata kenaikan harga diesel ini hanya memberi kesan kepada golongan 'maha kaya' dan warga asing.

Sementara itu dia juga mengumumkan peruntukan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditingkatkan sebanyak 25 peritus, iaitu kepada RM2 bilion dengan melibatkan sembila juta penerima dewasa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS