Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saya mungkin dipenjara lebih lama dari Najib, kata editor S’wak Report

Meskipun pihak berkuasa cuba menutup mulut media tempatan, tetapi ia tidak dapat menghalang seorang wartawan di UK daripada melaporkan berita terkini mengenai skandal mega 1MDB, yang kemuncaknya menyaksikan kejatuhan BN dan pemenjaraan Najib Razak.

Enam tahun selepas pilihan raya bersejarah itu, pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berkata dia mungkin menghabiskan masa lebih lama di penjara Malaysia berbanding bekas perdana menteri berkenaan.

“Ia sememangnya pemikiran yang sinis,” katanya kepada Malaysiakini merujuk kepada rayuannya terhadap hukuman penjara dua tahun dan usaha Najib menjalani baki tempoh hukuman penjara di rumah.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang mengetuai PH dan menggunakan isu 1MDB untuk menang pilihan raya telah cuba menjarakkan diri daripada isu berkenaan tetapi ini gagal melindunginya daripada kritikan.

Rewcastle-Brown memberi amaran keputusan membebaskan Najib dari penjara akan mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

Menafikan dakwaan bahawa pihak tertentu yang mempunyai kepentingan telah membiayainya, wartawan itu berkata dia meneruskan laporan mengenai skandal 1MDB untuk menyedarkan orang ramai bahawa ketiadaan perlindungan seperti ketelusan, media bebas serta semak dan imbang dalam koridor kuasa, membolehkan pemimpin korup mencuri berbilion-bilion daripada dana awam.

Hasilnya, katanya, digunakan untuk bermewah-mewahan dan bukannya membantu rakyat Malaysia keluar daripada kemiskinan dan membangunkan negara secara mampan.

“Sekiranya Najib dipindahkan dari penginapan penjaranya kepada tahanan rumah semata-mata selepas menjalani hukuman kurang daripada dua tahun yang sepatutnya dan sebelum menunggu kes jenayah yang lebih besar selesai, saya khuatir ia akan menimbulkan rasa marah dan putus asa di kalangan orang biasa yang menyedari betapa kerasnya hukuman yang dikenakan kepada golongan yang lebih rendah untuk kecurian yang agak kecil, biasanya lahir daripada kelaparan dan terdesak.

“Ia juga akan menjejaskan imej Malaysia di peringkat antarabangsa, aakn dianggap sebagai negara di mana undang-undang tidak terpakai kepada kelas tertentu dan oleh itu keadilan tidak boleh dipercayai,” tambahnya.

Minggu lalu, Anwar berkata Yang di-Pertuan Agong hanya patut mempertimbangkan tahanan rumah terhadap Najib selepas kes 1MDB selesai dibicarakan. Ia mengundang kemarahan penyokong bekas perdana menteri itu yang mendakwa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil dalam kes SRC International.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS