Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM: 'Syarikat pro-Israel dalam MAHB' fitnah pembangkang hasut kebencian

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan yang mengatakan bahawa 25 peratus baki saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) akan dimiliki syarikat pro Zionis, adalah tidak berasas.

Beliau berkata dakwaan yang dibangkitkan pembangkang itu hanyalah semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.


BACA BERKAITAN:

Pemuda PN persoal syarikat pro-Israel dalam MAHB


“.. tiada yang positif daripada dia (pembangkang), hanya menghasut penuh dengan kebencian dan dengki.

"Segala kenyataan kita yang diakui oleh dunia termasuk pertemuan dengan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh tidak beri sesuatu yang positif kepadanya, yang dicari adalah fitnah dan hasutan.

"Ringgit dan bursa bertambah mengukuh itu hanya menyakitkan hati mereka (pembangkang)," katanya dalam sidang media pada hari terakhir lawatan kerja rasmi dua hari ke Kazakhstan di Astana, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan yang mengatakan bahawa Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membeli saham MAHB sehingga 70 peratus manakala lima peratus lagi akan dikuasai kerajaan Abu Dhabi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS