Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelajar cedera jatuh tergelincir dari tingkat lima bangunan
Diterbitkan:  May 13, 2024 8:06 AM
Dikemaskini: 12:17 AM

Seorang pelajar Tingkatan Lima cedera selepas jatuh tergelincir dari tingkat lima ketika cuba memasuki rumahnya yang berkunci dengan memanjat tembok.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz dalam satu kenyataan malam tadi  memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang semalam di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau di Presint 11 di Putrajaya.

"Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat. 

"Ketika itu, pintu berkunci dan kunci rumah ada pada ibu mangsa yang masih berada di bawah. Mangsa (cuba) memasuki rumah dengan memanjat tembok," katanya.

Menurut Asmadi mangsa yang juga anak seorang pegawai polis itu dilaporkan stabil dan masih dalam pemantauan doktor di Hospital Putrajaya kerana terdapat pendarahan di kepala

Beliau berkata pembedahan akan dijalankan jika terdapat respons yang baik oleh mangsa.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS