Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRK KKB | Bekas timbalan menteri wilayah persekutuan Edmund Santhara menyangkal dakwaan PN akan melarang penjualan alkohol sekiranya kembali menjadi kerajaan persekutuan.

Sebaliknya, bekas pemimpin PKR itu berkata semasa mentadbir negara sebelum ini, PN tidak pernah mempersoalkan perniagaan yang sah.

“Saya pernah berada dalam kerajaan pusat. Semasa saya menjadi timbalan menteri wilayah persekutuan tak ada lesen jualan alkohol dibatalkan.

“Kita cuma bantah penjualan samsu haram, kerana samsu haram ini mempunyai kandungan alkohol yang tinggi. Kita ketika menjadi kerajaan cuma tegas hapuskan samsu haram, bukan semua penjualan yang ada lesen,” katanya pemberita di Kerling, Kuala Kubu Bharu hari ini.

Santhara diminta mengulas dakwaan PN akan menutup penjualan alkohol jika menjadi kerajaan semula.

Menurutnya, di Kuala Lumpur ada kira-kira 400 premis penjualan minuman keras namun lebih 1,800 premis yang tidak memiliki lessen namun menjualnya.

“Ada lebih 1,800 premis tak ada lesen. Ini yang kami ambil tindakan ketika menjadi kerajaan.

“Kerajaan PN juga memberi tanah digazetkan kepada 18 kuil Hindu dalam masa 12 bulan di bawah kerajaan PN. Ini bukti PN tidak pernah mengetepikan kepentingan agama lain.

“PAS berada dalam kerajaan ketika itu dan mereka tak pernah bantah. Jadi masyarakat India tak perlu termakan dengan dakwaan bahawa PN ini anti bukan Melayu,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS