Paling Popular
Terkini

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menyerahkan sementara pasport Muhyiddin Yassin agar bekas perdana Menteri itu dapat melawat ahli keluarganya yang mengidap kanser di Australia.

Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan yang dibuat peguam Muhyiddin, Hisyam Teh Poh Teik selepas timbalan pendakwa raya, Nor Asma Ahmad tidak membantahnya.

"Sebab yang dinyatakan dalam afidavit adalah untuk melawat seorang ahli keluarga di Australia yang sedang sembuh dari kanser usus," kata Hisyam Teh, sambil menambah pihaknya memohon pelepasan semantara pasport bermula hari ini sehingga 28 Mei.

Sebelum ini, Muhyiddin menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sebagai sebahagian aripada syarat ikat jaminnya dalam kes Jana Wibawa.

Azura turut menetapkan 13 Jun ini bagi mendengar permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan prosiding, sementara menunggu permohonan semakan yang dibuatnya bagi membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa, yang dijadual didengar di Mahkamah Rayuan pada 9 Julai ini.

Pada Mac tahun lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi empat pertuduhan itu, serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM232.5 juta berkaitan program Jana Wibawa.

[Baca berita asal]

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS