Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Dah masuk mahkamah’ - Sim enggan ulas dakwaan salah guna kuasa
Diterbitkan:  Apr 19, 2024 1:44 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

Menteri Sumber Manusia Steven Sim enggan mengulas dakwaan salah guna kuasa dalam rundingan bantuan perayaan terhadap pekerja-pekerja bank.

Katanya perkara itu telah dipanjangkan untuk perbicaraan di mahkamah perusahaan. 

“Jadi saya tidak mahu komen tentang isu ini sebab ia dah masuk dalam kes mahkamah,” katanya ringkas kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Tiada butiran lanjut didedahkan.

Terdahuu Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) membuat laporan polis terhadap Sim atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah.

Setiausaha agungnya J Solomon mendakwa Sim berunding secara senyap-senyap dengan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaya (MCBA) untuk bayaran bantuan perayaan tanpa melibatkan Nube.

Solomon mendakwa Nube telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan MCBA pada 5 Apr 2023 suapay bank membayar bantuan perayaan sebulan gaji dan ia akan disemak semula oleh kedua-dua pihak pada tahun ini.

Bagaimanapun, tahun ini, ketika rekonsiliasi untuk pembayaran sedang berjalan, Sim didakwa campur tangan dengan meminta bank membayar hanya setengan bulan gaji kepada pekerja perkeranian dan perkeranian gred khas.

Lihat Komen
ADS