Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Israel serang Iran
Diterbitkan:  Apr 19, 2024 11:43 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

Israel melancarkan serangan peluru berpandu yang mengenai satu lokasi di Iran, lapor ABC News, memetik seorang pegawai Amerika Syarikat.

Tindakan itu dilakukan beberapa hari selepas serangan dron dilancarkan ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap serangan rejim itu di kedutaan Iran di Syria.

Agensi berita Fars Iran turut melaporkan satu letupan kedengaran di sebuah lapangan terbang di bandar Isfahan Iran tetapi punca letupan itu tidak diketahui.

Beberapa tapak nuklear Iran terletak di wilayah Isfahan, termasuk Natanz, pusat program pengayaan uranium Iran.

CNN melaporkan beberapa penerbangan telah dialihkan daripada melewati ruang udara Iran.

Minggu lalu Iran melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu bagi membalas serangan dilakukan Israel ke atas kedutaannya di Syria.

Kebanyakan dron dan peluru berpandu itu telah dipintas sebelum sampai ke Israel.

Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis bahawa Israel "harus dipaksa untuk menghentikan sebarang lagi tindakan ketenteraan menentang kepentingan kami", manakala Setiausaha Agung PBB memberi amaran Timur Tengah berada dalam "masa bahaya yang maksimum."

Lihat Komen
ADS