Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Starbucks Tawau diconteng ‘boikot’, ‘Free Palestine’
Diterbitkan:  Apr 19, 2024 11:33 AM
Dikemaskini: 4:37 AM

Starbucks Tawau menjadi mangsa vandalisme apabila diconteng dengan perkataan “boikot” dan “Free Palestine”.

Media melaporkan, cawangan kedai kopi antarabangsa di Jalan T2 diconteng dengan cat sembur, pagi tadi.

Starbucks antara kedai yang menjadi sasaran boikot susulan serangan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Penggerak kempen boikot di negara ini Boycott Divestment Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) bagaimanapun menolak sikap melampau.

Pengerusinya berkata demikian Selasa lepas sebagai reaksi terhadap tindakan pihak yang menyamakan pelanggan restoran McDonald's seperti anjing yang sedang makan.

Sementara itu, perbuatan khianat terhadap Strabucks Tawau itu disedari kira-kira 8.30 pagi oleh penyelia tapak bangunan sebelum pengurusan syarikat membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Champin Piuh berkata semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesyaki ia dilakukan oleh dua individu.

Bagaimanapun, katanya, rakaman CCTV itu kurang jelas.

"Polis giat mengesan suspek yang terbabit dalam kes ini dan sekiranya dikenali pasti, tindakan undang undang akan diambil," katanya.

Gambar contengan itu mula tersebar di media sosial hari ini, terutama di kumpulan-kumpulan masyarakat setempat di Tawau dan Sabah.

Lihat Komen
ADS