Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DNAA untuk Zahid: ‘AGC, SPRM mesti bertanggungjawab’

Jabatan Peguam Negara (AGC) dan SPRM mesti dipertanggungjawabkan susulan keputusan peguam negara memohon perintah dibebas tanpa dilepaskan (DNAA) dalam kes rasuah Zahid Hamidi, kata Badan Peguam Malaysia.

Peguam badan itu, Ambiga Sreenevasan, berkata demikian dalam hujah lisannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. 

Badan Peguam memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi membatalkan DNAA dalam kes melibatkan dana jutaan ringgit Yayasan Akalbudi.

Ambiga Sreenevasan

Ambiga berkata tindakan itu bukan bersifat akademik kerana jika keputusan AG ditolak, pihak pendakwaan terpaksa meneruskan perbicaraan.

"Ini untuk memperbetul keadaan, oleh itu kami mengundang mahkamah untuk berbuat demikian (dengan memberi kebenaran).

"Begitu banyak kerja telah dibuat untuk perbicaraan itu, dan ini untuk memastikan pentadbiran keadilan (pelaksanaan undang-undang demi keadilan) semata-mata,” katanya.

Ambiga berkata adalah penting kepada perjalanan urusan negara untuk memastikan semua institusi, termasuk AGC dan SPRM, bertanggungjawab.

"Kami tidak meminta mereka melakukan ini (AG memohon menarik balik kes rasuah terhadap Zahid), tetapi apabila mereka berbuat demikian dan ada orang berkata sesuatu yang tidak kena terjadi pada institusi kita, kita perlu mempertanggungjawabkan mereka," tambahnya.

Bagaimanapun, wakil Peguam Negara yang juga peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan membantah dan berhujah, keputusan tertinggi daripada pihak pendakwa raya tidak boleh dicabar di mahkamah.

Dia juga berkata Badan Peguam gagal menunjukkan bahawa isu tersebut termasuk dalam satu daripada beberapa pengecualian yang membenarkan ia dicabar.

Dengan persetujuan AGC, peguam Zahid, Hisyam Teh Poh Teik, kemudian berhujah bahawa Badan Peguam gagal menunjukkan bukti prima facie yang meyakinkan untuk menyangkal anggapan kesahihan terhadap keputusan Peguam Negara untuk mendapatkan DNAA terhadap ahli politik terbabit.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS