Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pengarah KK Mart, pembekal stoking didakwa lukakan perasaan Muslim

Pengasas rangkaian kedai serbaneka KK Mart, Chai Kee Kan, dan isterinya Loh Siew Mui, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini.

Chai dan Loh yang merupakan pengarah syarikat terbabit didakwa dengan pertuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam.

Pertuduhan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan itu dijalankan di hadapan hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Tiga individu lain yang merupakan pengarah syarikat Xin Jiang Chang Sdn Bhd - yang membekalkan stoking tertera kalimah Allah kepada KK Mart - turut dikenakan pertuduhan.

Goh Li Huay, Soh Hui San dan Soh Chin Huat yang didakwa bersubahat dengan KK Mart dan berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dan dibaca bersama Seksyen 298.

Ketiga-tiga mereka yang mempunyai pertalian antara satu sama juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Seksyen 298 itu membabitkan perbuatan menyebut perkataan atau sebagainya dengan sengaja dengan niat mahu melukakan perasaan agama seseorang.

Pasukan pendakwaan tiba di mahkamah

Jika sabit kesalahan pelakunya boileh dipenjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Selain individu, pihak pendakwaan turut mendakwa KK Mart dan Xin Jiang Chang sebagai entiti dalam kes itu.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya yang terdiri daripada Masri Mohd Daud, Khairul Azreem Mamat, Ku Hayati Ku Haron, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Mohd Azhar.

Sementara itu, salah seorang peguam bela yang mewakili KK Mar dan dua pengarahnya, Rajpal Singh, berkata mereka yakin memiliki peluang yang cerah untuk memenangi kes tersebut.

Ditemui Malaysiakini di luar kamar mahkamah, dia berkata, memang pada peringkat awal lagi KK Mart, Chai dan Loh didakwa di mahkamah.

“Mereka (pihak pendakwaan) merasakan mereka ada kes, sebab itu mereka membuat pendakwaan di mahkamah mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan hari ini.

"Kami menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

"Anak guam saya telah mengaku tidak bersalah, dan mereka tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS