Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Usul rujuk Saifuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata dia telah merujuk Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ini kerana, katanya, Saifuddin membuat dakwaan mengelirukan sebanyak tiga kali di Dewan Rakyat mengenai Perikatan Nasional.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

“Beliau tidak menarik balik sama sekali dakwaan yg menyatakan, sebanyak tiga kali dibuat dalam Dewan Rakyat.

“(Sepanjang) zaman Pagoh YB Tan Sri Muhyiddin (Yassin) jadi PM tidak ada sekupang pun peruntukan disalurkan kepada pembangkang. Ini tidak tepat.

“Untuk makluman rakan-rakan media dan rakyat Malaysia, zaman PN memerintah, zaman Covid-19, semua ahli parlimen, termasuk pembangkang, malah Dewan Negara sekalipun, menerima peruntukan berjumlah RM300,000 untuk bantuan bakul makanan - tanpa ada sebarang rundingan yang dibuat ketika itu,” kata Wan Fayhsal.

Katanya, Saifuddin dirujuk di bawah Perkara 36(12) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurut Wan Fayhsal, bagi seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan tidak tepat adalah terbukti berpolitik dengan cara tidak sihat.

“Kita minta beliau tarik balik dalam Dewan itu saja sebenarnya, bukan susah pun tapi tidak dibuat.

“Jadi saya terpaksa rujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan supaya fakta ini dibetulkan dan menunjukkan YB Pagoh dan juga kerajaan PN tidak pernah menzalimi pembangkang seperti mana kami dizalimi pada hari ini,” katanya

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS