Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Majikan paksa pekerja asing tarik balik aduan - PSM

Tiga pekerja Bangladesh yang ditahan reman oleh polis berhubung insiden pertengkaran minggu lalu mendakwa majikan mereka cuba memaksa mereka untuk menarik balik aduan berhubung gaji yang tidak dibayar.

Demikian menurut aktivis PSM, Bryan Rozells Gerard Rozells, yang menemu bual pekerja itu selepas mereka dibebaskan daripada tahanan reman semalam.

Katanya pekerja terbabit bertengkar dengan seorang rakan sekerja, yang dikatakan setia kepada majikan mereka. Pekerja terbabit datang ke asrama pekerja kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu dan mula menjerit kepada individu yang melaporkan majikan mereka kepada pihak berkuasa.

Kejadian itu berlaku sehari selepas 55 pekerja Bangladesh selesai membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja berhubung kegagalan dua syarikat pembinaan membayar gaji mereka.

Mereka juga telah membuat laporan polis dengan mendakwa pasport mereka ditahan oleh majikan.

Bryan berkata, pertengkaran itu kemudian bertukar menjadi pergaduhan secara fizikal sebelum ia dipecahkan oleh orang lain. Pihak keselamatan asrama kemudian memaklumkan majikan mereka dan polis, yang kemudiannya tiba di tempat kejadian.

“Pegawai polis meninggalkan tempat kejadian selepas salah seorang pekerja menjelaskan apa yang berlaku dan menunjukkan kepada mereka laporan polis yang mereka buat terhadap syarikat-syarikat sebelum ini.

“Bagaimanapun, seorang wakil majikan mereka, seseorang yang mereka panggil Encik Fikri, terus berada di situ dan mula mengugut ketiga-tiga mereka supaya menarik balik laporan polis dan aduan yang mereka buat kepada Jabatan Tenaga Kerja.

“Apabila ketiga-tiga mereka enggan berganjak, Encik Fikri dan pengawal keselamatan asrama membawa mereka ke balai polis Dang Wangi di mana dia sekali lagi memberitahu mereka untuk menarik balik laporan mereka.

"Apabila mereka masih enggan berbuat demikian, dia kemudian (dikatakan) meminta kakitangan Bangladesh terlibat dalam pertengkaran itu untuk membuat laporan polis mendakwa ketiga-tiganya menyerangnya," kata Bryan kepada Malaysiakini.

Aktivis itu juga membuat laporan polis malam tadi memperincikan apa yang diberitahu oleh tiga pekerja itu kepadanya.

Dalam laporannya yang dibuat bagi pihak PSM, Bryan berkata parti itu percaya tuduhan palsu dibuat terhadap ketiga-tiga mereka yang menyebabkan mereka ditahan.

Mereka dibebaskan daripada tahanan kira-kira jam 2.30 petang semalam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS