Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
SPRM tahan pegawai kanan polis, temui wang tunai RM2 juta

Seorang pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara.

Menurut sumber, pegawai kanan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata pemeriksaan SPRM ke atas beberapa premis milik pegawai kanan tersebut berjaya menemukan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta.

“Suspek direman tiga hari bermula hari ini,” menurut sumber berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan penangkapan berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS