Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis siasat kes 'pengantunan' guru terhadap pelajar

Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kes dakwaan pengantunan seorang guru perempuan sekolah menengah kepada pelajar lelakinya berusia 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof memberitahu Malaysiakini kes itu masih dalam siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu, individu yang mendakwa sebagai saudara mangsa menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaannya berhubung kes itu.

Dalam siri siaran dalam talian, dia berkata ibu pelajar itu telah membuat laporan polis, serta laporan berasingan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.

Walaupun guru itu kemudiannya dipindahkan ke sekolah lain, saudara pelajar itu mendakwa ia tidak menghalang percubaannya untuk terus berhubung dengan pelajar berkenaan.

Menurut laporan polis yang dilihat oleh Malaysiakini, kedua-duanya pernah bertemu di pantai secara rahsia.

Dia menambah keluarga pelajar itu berasa susah hati kerana mereka takut "hubungan" berkenaan akan menjejaskan masa depan remaja tersebut, yang akan menduduki SPM tahun ini.

Dia juga menempelak guru yang dikatakan masih berkahwin dengan lima anak itu kerana menyalahgunakan kuasa sebagai pendidik.

Bagaimanapun, dia telah menurunkan hantaran itu, yang telah menjadi tular.

Malaysiakini telah menghubungi ibu pelajar berkenaan serta guru yang dituduh untuk mendapatkan maklum balas lanjut.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS