Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu stoking: Polis tahan lelaki di Cheras
Diterbitkan:  Mar 21, 2024 6:59 PM
Dikemaskini: 11:25 AM

Polis hari ini menahan seorang lelaki yang memperolokkan isu stoking bertulis kalimah Allah, yang juga mangsa dedah maya (doxxing).

Dedah maya ialah perbuatan mendedahkan maklumat peribadi seseorang di dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Cheras semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Cheras semalam.

Katanya, lelaki itu akan direman empat hari bermula hari ini sehingga 24 Mac kerana soal siasat lanjut perlu dijalankan.

“Kes masih di peringkat siasatan dan sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Shuhaily.

Dia turut menasihatkan orang ramai supaya bijak menggunakan media sosial dan mengelak daripada menyiarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian awam serta menimbulkan perpecahan terutama membabitkan diraja, agama dan bangsa (3R).

Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan seorang lelaki dari Cheras, Kuala Lumpur tampil memohon maaf secara terbuka setelah didakwa menambahkan ketegangan dalam isu penjualan stoking bertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart.

Dia membuat permohonan itu dengan dikelilingi sekumpulan lelaki dipercayai geng silat yang diketuai pempengaruh media sosial Panglima Aduka.

Mereka mencarinya sebelum ini kerana tidak berpuas hati dengan komennya.

Lelaki berkenaan mencetuskan kemarahan pengguna maya selepas didakwa mengeluarkan komen meminta orang ramai tidak terlalu sensitif dengan itu itu.

Dia malah didakwa cuba membuat kelakar dengan memuat naik gambar stoking yang memuatkan wajahnya sendiri.

Namun, posting berkenaan telah dipadam.

Sementara itu maklumat peribadi lelaki terbabit juga kini disebarkan meluas di media sosial, termasuk alamat dan nombor telefonnnya oleh pihak yang tidak berpuas hati.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS