Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam dakwa perintah halang Siti Kasim hadir himpunan 2022 tak sah

Perintah larangan Mahkamah Majistret ke atas Siti Kasim dan seorang lagi individu pada perhimpunan 2022 yang menuntut peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki adalah tidak sah, kata peguamnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Peguam aktivis itu, Kee Hui Yee, memaklumkan kepada hakim mahkamah sivil Wan Ahmad Farid Wan Salleh bahawa perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang dimohon dan diberikan kepada polis pada 20 Jan 2022 adalah salah mengikut undang-undang.

Ini, katanya, kerana pemilik premis tidak membuat sebarang bantahan di lokasi awal perhimpunan awam iaitu di Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Kee, yang mewakili Siti dan pemohon bersama S Raveentheran dalam semakan kehakiman menamakan ketua polis negara, kerajaan dan dua pegawai polis. Katanya, perintah majistret menyatakan ia mengambil kira bantahan sedemikian sedangkan ia tidak wujud pun.

“Majistret mengambil kira pertimbangan yang tidak relevan, seperti bantahan pemilik premis.

Siti Kasim

"Bagaimanapun, tiada bantahan sedemikian oleh pemilik premis, justeru perintah larangan itu adalah menyalahi undang-undang," kata Kee berhubung perhimpunan pada 22 Jan, dua tahun lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS