Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
P Pinang rekod aliran masuk pelaburan RM71.9 bilion pada 2023

Pulau Pinang berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan berjumlah RM71.9 bilion pada 2023, yang tertinggi di Malaysia, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata pertumbuhan luar biasa tersebut didorong pelaburan langsung asing (FDI) yang menyumbang RM61.7 bilion atau 85.8 peratus daripada aliran masuk pelaburan pembuatan negeri itu dalam tempoh berkenaan.

"Angka tersebut secara tidak langsung menggariskan keyakinan teguh pelabur antarabangsa terhadap potensi negeri ini dan peluang menarik yang ditawarkan secara menyeluruh.

"Hasil dasar ekonomi negeri yang jelas, mesra pelabur dan kompetitif di peringkat serantau, Pulau Pinang berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan yang amat menggalakkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena majlis penghargaan syarikat yang terlibat dalam Pusat Inovasi Teknologi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) (NTIC) Centre of Excellence (CoE) di Pulau Pinang di George Town hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS