Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wakil industri vape lobi MP, pengaruh pengguguran GEG - timbalan menteri
Diterbitkan:  Mar 14, 2024 8:26 PM
Dikemaskini: 12:26 PM

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni mendedahkan bahawa tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape banyak mempengaruhi pengguguran peruntukan generasi penamat (GEG) daripada undang-undang untuk mengawal merokok.

Menurut Lukanisman, pelobi bertemu secara langsung dengan ahli parlimen sebelum perbahasan rang undang-undang itu, mempengaruhi pandangan mereka terhadap langkah GEG yang bertujuan untuk mewujudkan generasi masa depan yang bebas rokok.

“Atas tekanan daripada industri – kami memerlukan sokongan daripada semua pihak.

"Jika kita lihat pengalaman kita semasa membentangkan GEG, konflik pandangan timbul disebabkan tekanan industri - (pemain) industri memasuki Parlimen dan mereka bertemu ahli parlimen yang mempengaruhi keputusan itu," katanya.

Lukanisman berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali semasa sesi soal jawab menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Cadangan asal kerajaan untuk melarang mereka yang lahir selepas 2007 daripada membeli produk merokok telah dibatalkan daripada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 yang diluluskan baru-baru ini.

GEG adalah bahagian teras perundangan yang dicadangkan sebelum digugurkan pada bulan November sebelum bacaan pertama rang undang-undang itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS