Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM tolak gaji, jimat hampir RM23,000 sebulan - Zaliha
Diterbitkan:  Mar 14, 2024 12:34 PM
Dikemaskini: 4:56 AM

Kerajaan menjimatkan RM22,826.65 sebulan susulan keengganan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima gaji selagi ekonomi negara tidak pulih.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Zaliha Mustafa berkata jumlah itu adalah anggaran penjimatan perbelanjaan kerajaan bagi peruntukan ke atas gaji pokok perdana menteri.

Zaliha tidak menyatakan jumlah keseluruhannya.

Bagaimanapun berdasarkan kiraaan Malaysiakini, angka itu lebih RM300,000 untuk tempoh 15 bulan.

Anwar, katanya, tidak mengambil gaji sejak dilantik ke jawatan itu sejak November 2022, sebahagian daripada langkah penjimatan kerajaan.

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang mahu tahu berkaitan jumlah penjimatan kerajaan susulan tindakan itu.

Pemotongan gaji perdana menteri itu diumumkan dalam sidang media pertamanya setelah dilantik ke jawatan itu pada 24 November 2022.

Tindakan itu diambil sebagai langkah pertama bagi menarik keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

Menteri-menterinya pula memotong 20 peratus gaji masing-masing.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS