Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KPM budayakan amalan baca akhbar, perkasa bahasa Melayu
Diterbitkan:  Mar 14, 2024 11:08 AM
Dikemaskini: 3:08 AM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif untuk memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid melalui pembudayaan amalan membaca akhbar di sekolah.

Bagi menjayakan inisiatif itu, KPM memberitahu, sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia diseru untuk melanggan akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang merupakan akhbar utama berbahasa Melayu di negara ini.

"Pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada," menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan inisiatif berkenaan dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS