Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Petronas beri amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata ia mengambil maklum mengenai satu lagi penipuan (scam) pelaburan secara dalam talian yang kini tersebar di WhatsApp, melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat, serta nama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Menurutnya mesej itu termasuk laporan berita palsu daripada The Star bertajuk Special report: Petronas opens joint investment platform with government support! dan mengetengahkan skim yang menjanjikan pulangan melalui pelaburan mingguan dalam operasi kerajaan yang berkaitan pengeluaran gas asli cecair (LNG).

Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku Muhammad Taufik, dengan imej dan suaranya dimanipulasi menggunakan perisian kecerdasan buatan.

Laporan polis telah dibuat mengenai perkara berkenaan, katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan Petronas menegaskan tiada platform pelaburan sedemikian daripada Petronas dan menggesa orang ramai supaya tidak memberi respons kepada skim pelaburan palsu ini.

- Bernama


MAIN PERMAINAN: Bolehkah anda terlepas dari scam dalam talian?



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS