Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Fahmi: Di mana Wan Saiful masa Al Jazeera ditekan?

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil membidas pemimpin PN Wan Saiful Wan Jan yang menimbulkan dakwaan kerajaan mengekang kebebasan media.

Ini selepas ahli parlimen Tasik Gelugor itu mendakwa Malaysia sedang menyaksikan “pembunuhan perlahan-lahan" terhadap reformasi berkaitan kebebasan media di bawah kepimpinan Fahmi.

Fahmi menyoal sikap berdiam diri Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera diberikan tekanan pada 2020 berikutan laporan penyiasatan agensi berita itu terhadap layanan kerajaan Malaysia terhadap pekerja asing tanpa izin semasa pandemik Covid-19.

“Saya tak dengar dia (Wan Saiful) cakap apa-apa. Di mana dia ketika wartawan itu dipanggil, disiasat dan kemudiannya permit mereka ditarik balik?

“Di manakah Wan Saiful ketika saya diserang di parlimen kerana pendirian saya membela wartawan Al Jazeera pada 2021,” soalnya semasa sidang media pasca kabinet yang diadakan di Kementerian Komunikadi di Putrajaya hari ini.

Semalam, Wan Saiful berkata Fahmi tidak perlu menjadi 'terpaling wartawan' dengan cuba mengajar pengamal media mengenai peranan mereka.

Wan Saiful berkata demikian berhubung dakwaan Fahmi bahawa kad akreditasi media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Kementerian Komunikasi bukan lesen untuk mengamalkan kewartawanan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS