Paling Popular
Terkini

PARLIMEN l Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen menggesa SPRM menyiasat aset bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud.

“Sekurang-kurangnya permintaan untuk pengisytiharan aset perlu dibuat oleh SPRM terhadap mereka (keluarga Taib) supaya kita orang Sarawak tahu berapa banyak harta-harta telah dikumpul sepanjang masa pentadbiran beliau.

“Oleh itu, saya sekali lagi seru kepada SPRM supaya ambil tindakan. Itulah hak asasi kita untuk tahu,” katanya ketika membahaskan titah Seri Paduka Baginda di Dewan Rakyat, hari ini.

Gesaan itu dibuat susulan tindakan suruhanjaya antirasuah itu yang menyiasat keluarga seperti Dr Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin dan mengarahkan mereka mengisytiharkan harta kepada SPRM.

Daim dan isterinya Na’imah Abdul Khalid masing-masing didakwa pada 29 dan 23 Jan kerana gagal mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM.

SPRM juga mengarahkan anak-anak Mahathir - Mirzan dan Mokhzani - untuk mengisytiharkan harta masing-masing.

Chong turut memuji siasatan terhadap keluarga Mahathir dan Daim, sambil menggesa kerajaan mempercepatkannya.

Dia turut mempersoalkan sama ada individu atau keluarga lain juga perlu menjadi sasaran untuk siasatan SPRM.

Bulan lalu, NGO Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di Switzerland menggesa agar aset Taib dibekukan serta-merta berikutan kematian bekas ketua menteri Sarawak itu pada 21 Feb.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS