Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan bertemu dengan  Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas hari raya puasa April depan susulan kedudukan kewangannya.

Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin menyatakan kebimbangan terhadap LTAT susulan kedudukan rizabnya yang negatif.

“PAC amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT selepas pendedahan bahawa rizab LTAT berbaki negatif sekali gus menimbulkan persoalan kemampuannya membayar dividen kepada pencarum,” katanya.

Katanya, semua pihak terlibat akan dipanggil, termasuk tiga pegawai tertingginya yang telah meletakkan jawatan.

Mas Ermieyati Samsudin (depan, kanan)

Pegawai-pegawai itu ialah bekas pengarah, bekas ketua pegawai eksekutif serta bekas pengarah strategik kanan.

PAC juga tidak menolak kemungkinan memanggil menteri pertahanan memandangkan isu itu amat kritikal kerana melibatkan 122,935 pencarum terdiri daripada kalangan bekas anggota tentera.

Dalam sidang media di parlimen, Mas Ermieyati berkata keputusan itu dibuat selepas sesi taklimat dua jam daripada ketua audit negara berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2022.

LKAN dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS