Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Ratusan sertai himpunan mega rakyat demi Palestin

Ratusan rakyat Malaysia hari ini berkumpul dan berarak di ibu negara bagi menuntut rejim Israel menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin.

Perhimpunan Mega Rakyat Demi Palestin itu menyaksikan peserta turut berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat sambil memegang sepanduk dan plakad bagi mengecam keganasan berterusan Israel di Gaza.

Mereka diawasi puluhan anggota polis dari unit Light Strike Force.

Terdahulu, peserta terbabit berkumpul di hadapan Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak.

Gerai-gerai jualan juga kelihatan didirikan di kawasan sekitar dengan pelbagai jenis barangan berkaitan Palestin dijual termasuk baju T-Shirt dan mafla.

Selain itu turut kelihatan gerai menjual makanan dan minuman.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS