Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEB2024: 'Penyertaan bukan bumiputera mampu tepis salah tanggapan'

Penyertaan bukan bumiputera dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) memberi naratif jelas berkenaan hala tuju kerajaan dalam memacu ekonomi tanpa mengabaikan kaum lain, menurut Dewan Perniagaan India Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Wakilnya AT Kumararajah juga berkata ia menepis salah tanggapan terhadap kongres itu.

"Ia selaras dengan hala tuju kerajaan nak jadikan KEB inklusif dan untuk memacu ekonomi negara ke tahap tinggi, tak boleh tumpu pada Bumiputera semata-mata.

"Dalam ucap tama Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, dia ada sebut usaha sama Ali dan Baba. Ia merupakan usaha baik dan tulus antara bumiputera dan bukan Bumiputera, itu sesuatu yang baik.

"Ia bukan saja anjakan ekonomi, tetapi juga dari segi modal insan," katanya ketika ditemui di KEB2024 di Putrajaya, hari ini.

Berlansung hari ini sehingga Jumaat, KEB2024 dimulakan dengan ucap tama Zahid, yang antara lain membangkitkan usaha untuk mewujudkan jalinan tulen antara ekonomi bumiputera dan bukan bumiputera.

“Kita mahu Ali dan Baba yang benar-benar berfungsi melaksanakan...kita tidak mahu lagi mewujudkan aktiviti ekonomi yang bumiputera pada nama sahaja.

“Bukannya ‘Ali Baba’ yang memanipulasi peluang dan mengambil jalan mudah mengaut keuntungan,” katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat Majlis Kebangsaan Pekas Pelajar Sekolah Tamil, Parthivan berkata dia teruja apabila pertama kali dapat menyertai KEB.

Dia juga berpandangan penyertaan bukan Bumiputera kali ini dapat menepis salah tanggapan terhadap objektif kongres itu.

"Saya teruja topik-topik yang dibincang dan cara setiap topik dibawa, ia merupakan satu pandangan jauh dan ada objektif.

"Kita sebagai rakyat Malaysia, kita ada sumbangan pada Ekonomi. (Melalui KEB) kita faham macam mana kita boleh mainkan peranan untuk bangunkan bersama ekonomi selain menepis salah tanggapan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS