PARLIMEN | Kekecohan tercetus di Dewan Rakyat selepas seorang ahli parlimen pembangkang mendakwa dia ditawarkan habuan untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mendakwa dia turut ditawarkan peruntukan RM1.7 juta untuk kawasannya.
Ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, bekas ketua penerangan Bersatu itu mendakwa dia telah menghadiri beberapa siri pertemuan dengan individu berbeza yang cuba memujuknya untuk menyokong Anwar.
Dakwaan itu membawa kepada ahli parlimen kerajaan menyifatkan Wan Saiful sekadar menjaja khabar angin di Dewan Rakyat.
RSN Rayer (PH-Jelutong) menggesa Wan Saiful membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaannya itu.
“Kalau anak jantan, buat laporan SPRM,” katanya.
Sementara itu, Wan Saiful juga dicabar jika berani mengulangi tuduhannya di luar parlimen.
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul kemudian meminta Wan Saiful untuk mengheantikan dakwaan berkenaan.