Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Qatar: Rundingan gencatan senjata di Gaza belum ada hasil

Qatar memaklumkan bahawa perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel di Semenanjung Gaza belum membuahkan sebarang hasil.

“Setakat ini, rundingan itu tidak membuahkan hasil yang ketara.

"Kami yakin dan optimis agar kita dapat mencapai sesuatu hari ini atau esok," kata jurucakap Kementerian Luar, Majed Al-Ansari pada sidang media di Doha semalam.

Jurucakap Qatar itu berkata negaranya berusaha mencapai rundingan gencatan senjata di Gaza menjelang Ramadan yang akan bermula minggu depan, lapor Agensi Anadolu.

"Situasi di lapangan bagaimanapun berbeza sama sekali kerana terdapat banyak halangan," katanya.

Al-Ansari berkata bahawa aliran bantuan kemanusiaan ke Gaza semakin berkurangan justeru menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak dengan membenarkan akses bekalan bantuan ke Palestin.

Qatar bersama Mesir dan Amerika Syarikat menjadi pengantara antara Hamas dan Israel untuk menamatkan serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza.

Hampir 29,900 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 70,000 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt lalu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS