P Ramasamy berkata kritikan terhadap penceramah Zakir Naik tidak boleh disamakan dengan kritikan terhadap Islam dan Melayu.
Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu berhujah demikian dalam jawapan kepada pembelaan Zakir terhadap saman fitnahnya atas tuduhan dia sebagai “musuh terbesar Islam”.
Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember tahun lepas, Ramasamy memfailkan tindakan sivil terhadap ucapan Zakir di Nigeria pada 2 November tahun sama.
“Kritikan terhadap defendan tidak boleh disamakan sebagai kritikan terhadap Islam dan/atau Melayu,” kata bekas pemimpin DAP itu dalam jawapannya yang dilihat Malaysiakini.