Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar hadiri mesyuarat tertutup bersama MPN PKR tiga negeri

Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menghadiri mesyuarat tertutup bersama Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di sebuah hotel di Seberang Jaya di Butterworth.

Beliau diiringi Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, yang juga Menteri Komunikasi, dan Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan.

Anwar mengadakan pertemuan itu secara berasingan mengikut negeri namun tiada perincian diberikan mengenai sesi tersebut.

Perdana Menteri, yang akan mengadakan lawatan ke Pulau Pinang esok, mempunyai jadual padat dengan kunjungan ke Jualan Termurah MADANI di Bandar Perda pada sebelah pagi sebelum ke Persidangan Antarabangsa Zakat di Universiti Sains Malaysia.

Beliau kemudian dijadual menunaikan solat Jumaat dan menghadiri kenduri rakyat di Masjid Jamek Tengah Berapit, Permatang Pauh.

Selepas itu, Anwar akan merasmikan Karnival Pemerkasaan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai sebelum mengakhiri lawatan beliau ke Majlis Pecah Tanah di Taman Perindustrian Batu Kawan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS