Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan kes pengubahan wang haram Muhyiddin Yassin.

Hakim Azura Alwi memberikan lampu hijau berkenaan bagi menunggu rayuan pendakwa raya di Mahkamah Rayuan pada 28 Feb ini untuk mengembalikan semula kes salah guna kuasa terhadap bekas perdana menteri terbabit.

Azura berkata penangguhan itu dibenarkan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak, dan mengelakkan gangguan kepada prosiding kes berkenaan.

Dia juga menetapkan 4 Mac sebagai sebutan untuk mengemas kini mahkamah mengenai keputusan rayuan pihak pendakwaan.

Dalam prosiding terbuka hari ini, peguam Muhyiddin, Chetan Jethwani, berkata mahkamah sesyen membenarkan penangguhan itu, justeru permohonan ahli parlimen Pagoh untuk mengetepikan tiga pertuduhan pengubahan wang haram tidak akan didengar sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenainya.

Pada 15 Ogos tahun lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Rayuan dikemukakan pihak pendakwaan berdasarkan kepada keputusan tersebut.

Muhyiddin dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta pada Mac 2023.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS