Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
ESEI FOTO | Anak Cina, Melayu dan India bergabung persembah tarian singa

ESEI FOTO | Di sebalik pukulan gendang, ada sosok gadis Melayu bertudung mengiringi persembahan tarian singa sempena Tahun Baru Cina.

Kumpulan Yong Jun Dragon and Lion Dance diasaskan oleh Kobe Chan Yong Zhen secara muhibah pada 2017 bukan hanya melibatkan remaja Cina malah empat remaja Melayu dan seorang remaja India turut terlibat.

Mereka adalah Khairunnisa Adawiyah Khairil Johari, adiknya, Khairunnisa Afifah serta pasangan adik beradik Adzwin Puteri Faizal dan Azrin Syah Faizal bersama Sharvin Rao.

Adawiyah yang merupakan pemain gendang berkata minatnya itu lahir untuk menyertai kumpulan ini kerana mahu mempelajari seni yang sinonim dengan masyarakat Cina.

“Selalu orang Melayu suka seni silat, tapi saya nak belajar benda baru jadi menyertai kumpulan ini sejak berumur 10 tahun,” kata Adawiyah.

Menurut jurulatih Chan, sokongan dan galakan daripada ibu bapa pelajarnya membantu memupuk semangat perpaduan serta menyatukan masyarakat berbilang kaum dalam kumpulan ini.

“Saya berterima kasih kepada ibu bapa kaum India dan Melayu kerana menerima dan menyokong anak-anak ini menyertai kumpulan kami,” kata Chan.

Tambahnya, sebelum ini ada yang menyangka tarian singa mempunyai unsur keagamaan namun sangkaan itu tidak benar kerana upacara ‘penyucian’ hanya elemen budaya sebelum memulakan persembahan.

Jurugambar Malaysiakini, Azneal Ishak merakam kumpulan berkenaan membuat persembahan baru-baru ini.

Ahli kumpulan Yong Jun Dragon and Lion Dance bersiap pada hari persembahan.

Ahli kumpulan memakai kostum.


Ahli Kumpulan Yong Jun Dragon and Lion Dance giat berlatih menyambut Tahun Baru Cina.


Khairunnisa Adawiyah Khairil Johari (tengah) memukul gendang diiringi anggota lain. 


Ahli kumpulan menaiki lori ke lokasi persembahan.

Yap Zi Qin bersama Adzwin Puteri mengiringi gerakan tarian singa. 


Orang ramai bersorak ketika persembahan kumpulan Yong Jun Dragon and Lion Dance.


Gerakan akrobatik tarian singa melambangkan simbol tuah dan keberkatan bagi masyarakat Cina.


Letupan mercun ketika persembahan.


Pengasas kumpulan, Kobe Chan Yong Zhen (kanan) meluangkan masa bersama ibu bapa ahli kumpulan.


Antara koleksi pingat dan trofi kejayaan kumpulan Yong Jun Dragon and Lion Dance.

Ahli Kumpulan mengemas peralatan kembali ke lori setelah pertunjukkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS