Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saya letak jawatan, bukan bersara - bekas pengerusi LTAT
Diterbitkan:  Feb 9, 2024 5:16 PM
Dikemaskini: 9:47 AM

Jeneral (B) Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata tidak bersara daripada jawatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Sebaliknya, katanya, dia sebenarnya meletakkan jawatan.

BH melaporkan dia sebagai berkata berdasarkan kontrak, perkhidmatannya sepatutnya tamat pada Ogos tahun ini.

"Saya bukan bersara, saya meletakkan jawatan. Dipecat, bersara dan meletakkan jawatan adalah berbeza. Jadi bila kita meletakkan jawatan pasti ada perbezaan," dia dipetik sebagai berkata.

Raja Mohamed Affandi menjadi pengerusi LTAT pada 3 Ogos 2021, menggantikan Jeneral (B) Mohd Zahidi Zainuddin yang bersara pada Ogos 2018.

Sementara itu, ditanya sama ada dia meletakkan jawatan susulan penstrukturan semula dan isu tadbir urus kumpulan, dia enggan mengulas lanjut.

Dia sebaliknya berkata perlu “memelihara keberadaan institusi LTAT sebaiknya”.

LTAT semalam dilapor mengeluarkan kenyataan yang menyebut Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed bersara.

Perkembangan itu berlaku selepas peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif Ahmad Nazim Abd Rahman minggu lepas.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS