Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kor Ming sokong Kg Melayu turut jadi tapak Unesco
Diterbitkan:  Feb 8, 2024 3:38 PM
Dikemaskini: 8:28 AM
  • Dikemas kini dengan berita penuh.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyambut baik gesaan supaya Kampung Melayu diiktiraf sebagai  tapak warisan Unesco. 

Perkara itu dinyatakan dalam siaran akhbarnya petang ini, di tengah-tengah kritikan kumpulan Melayu dan pembangkang terhadap cadangannya untuk mengiktiraf Kampung Baru Cina di Selangor untuk status itu.

“Saya menyambut baik cadangan dari pelbagai pihak untuk mencalonkan kampung Melayu atau mana-mana tempat berpotensi dan bersejarah sebagai tapak warisan Unesco,” katanya.

Pengkritik mengaitkan cadangan itu dengan agenda perkauman selain berhujah Kampung Baru Kuala Lumpur lebih layak diangkat untuk status itu.

Terkini Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berkata rancangan itu “sangat serius dan sensitif”, tidak bertanggungjawab dan condong membela kaum Cina sahaja.

Sementra itu, Nga menegaskan falsafah kepimpinan kementeriannya berlandaskan Rukun Negara.

Katanya sepanjang 2023 banyak inisiatif mesra rakyat dilaksana tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Sementara itu, Nga menegaskan bahawa cadangannya sebelum ini bukan zero sum game (kerugian satu pihak akan menguntungkan pihak lain atau sebaliknya).

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan Unesco tidak wajar dijadikan isu perkauman.

Katanya, selain masih di peringkat cadangan, ia juta tidak memberikan sebarang kepada keharmonian masyarakat dalam negara yang berbilang kaum.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS