Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes 1MDB: Jasmine Loo disepina beri keterangan mulai 13 Feb

KES 1MDB | Pihak pendakwaan akan mengeluarkan sepina untuk bekas eksekutif 1MDB Jasmine Loo bersedia memberi keterangan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak mulai 13 Feb.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan oleh timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib berhubung perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.27 bilion terhadap bekas menteri kewangan Najib.

Hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah meminta pihak pendakwaan memastikan saksi tambahan berada dalam keadaan bersiap sedia, supaya saksi tersebut boleh bertindak sekiranya saksi yang hadir tidak dapat meneruskan memberi keterangan.

Sequerah kemudian menunjukkan apa yang berlaku hari ini apabila pegawai penyiasat SPRM Nur Aida Arifin, yang merupakan saksi pendakwaan ke-49, tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini sehingga sekurang-kurangnya esok kerana mengalami demam berjangkit dan selesema.

Akram kemudian menjelaskan bahawa Loo ialah saksi seterusnya selepas Nur Aida.

Sequerah: Sediakan saksi lain, untuk berjaga-jaga.

Akram: Sepina akan bermula pada 13 Feb (untuk Loo bersedia memberi keterangan di mahkamah).

Disebabkan Nur Aida sedang bercuti, Sequerah kemudiannya menangguhkan perbicaraan hari ini kepada Rabu.

Pada Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan penahanan Loo bagi membantu pihak berkuasa dalam mempercepatkan usaha pemulihan aset berkaitan skandal 1MDB.

Kerjasama dengan pihak berkuasa

Pasukan undang-undang Loo berkata dalam satu kenyataan media bahawa keutamaan saksi itu untuk bekerjasama dengan penguatkuasaan undang-undang.

Loo didakwa sebagai rakan rapat kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low).

Ditangkap pada 7 Julai tahun lalu, dia didakwa sebagai penerima dana 1MDB yang diselewengkan.

Bagaimanapun, dia telah dibebaskan daripada tahanan dan kini berada di bawah perlindungan keselamatan oleh pihak berkuasa.

Loo, seorang graduan undang-undang, salah seorang suspek yang dikehendaki pihak berkuasa untuk memudahkan siasatan terhadap syarikat pelaburan negara yang bermasalah itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS