Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kenyataan penuh Lembaga Pengampunan
Diterbitkan:  Feb 2, 2024 4:32 PM
Dikemaskini: 8:33 AM
  • Di bawah kenyataan penuh Lembaga Pengampunan. Pemerengganan semula dibuat bagi memudahkan pembacaan.


Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah bersidang pada 29 Januari 2024. 

Sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan YBhg Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang

dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas YBhg.

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar. 

Oleh yang demikian, YBhg Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210,000,000.00 dikurangkan kepada RM50,000,000.00.

Namun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi YBhg Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

Urusetia Lembaga Pengampunan
Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
Jabatan Perdana Menteri


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS