Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia naik tangga ke-57 dunia

Skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2023 buat kali pertama melantun dalam tempoh tiga tahun dengan meningkat kepada 50 mata.

Ini sekali gus meletakkan Malaysia di ranking ke-57 daripada 180 negara seluruh dunia.

Dalam taklimat hari ini, presiden TI Malaysia Muhammad Mohan berkata berbanding tahun 2022, Malaysia hanya mencatatkan skor 47 mata dan berada di kedudukan 61 daripada 180 negara.

Muhammad Mohan

Malaysia mencatatkan 48 mata pada 2021 dan 51 mata pada 2020.

CPI menggunakan skala sifar hingga 100, dengan sifar dianggap sangat teruk dan 100 dianggap sangat bersih.

“Walaupun ada lantunan, banyak lagi yang boleh dilakukan (untuk meningkatkan markah negara).

“Ini bermakna jangan terlalu gembira, (dengan ada peningkatan) tiga mata (berbanding markah tahun sebelumnya) tidak mengapa,” kata Muhammad pada taklimat yang diadakan di Petaling Jaya hari ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS