Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Semakan fakta: Adakah 31 Januari ini cuti umum?

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun pada 31 Januari.

Dengan tarikh itu semakin hampir, persoalan di kalangan ramai rakyat adalah: Adakah tarikh itu akan ada cuti umum?

Berdasarkan duluan sebelum ini, nampaknya ia adalah tidak, tetapi cuti akan diumumkan pada tarikh lain.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Sebagai contoh, tiada cuti umum apabila Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melafazkan sumpah jawatan pada 31 Januari 2019. Kerajaan sebaliknya mengeluarkan penafian untuk menolak mesej tular yang mendakwa cuti sedemikian.

Cuti umum sebaliknya diwartakan pada 30 Julai 2019, sempena istiadat pertabalan Sultan Pahang itu sebagai Yang di-Pertuan Agong. Cuti pada tarikh itu hanya diumumkan kira-kira sebulan sebelum, iaitu pada 28 Jun.

Begitu juga, ketika Sultan Muhammad V mengangkat sumpah jawatan pada 13 Disember 2016, cuti umum hanya diberikan pada 24 April 2017, sempena istiadat pertabalan baginda.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (kanan)

Malaysiakini juga telah menghubungi Jabatan Perdana Menteri untuk pengesahan tetapi masih belum menerima sebarang pengesahan sehingga berita ini ditulis.

Sementara itu, tarikh pertabalan Sultan Ibrahim masih belum diumumkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS