ADS
mk-logo
Berita
Bantuan Sara bermula hari ini, banyak tambah baik akan datang
Diterbitkan:  Jan 22, 2024 1:43 PM
Dikemaskini: 5:43 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (Sara) kembali bermula secara berperingkat hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata program Sara telah ditambah baik dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta berbanding RM130 juta pada tahun lepas.

Menurut perdana menteri, peruntukan yang lebih besar kali ini membolehkan kerajaan menambah jumlah penerima kepada 700,000, ketimbang 210,000 pada tahun lalu.

“Jumlah bantuan juga dinaikkan sehingga RM1,200, seganda jumlah daripada tahun lepas,” kata Anwar.

Menurutnya berkata transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat, justeru penambahbaikan program Sara merupakan langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi Madani.

ADS

Kerajaan juga, katanya, akan mengumumkan lebih banyak penambahbaikan kepada bantuan lain bagi mengangkat ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS