Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Wan Junaidi letak jawatan speaker Dewan Negara, bakal Yang di-Pertua Sarawak'

Speaker Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah meletak jawatan, kata sumber kerana dilaporkan sedang bersiap sedia untuk menyandang jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Sumber di parlimen memberitahu Malaysiakini bahawa Wan Junaidi telah menyerahkan surat peletakan jawatannya awal hari ini.

Menurut laporan The Malaysian Insight, pemimpin parti GPS itu bakal menggantikan Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kelapan.

Seorang pembantu kepada Wan Junaidi dipetik Sinar Harian berkata bekas menteri undang-undang itu mungkin mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

"Buat masa ini, kita tidak ada apa-apa komen sebab kita pun belum dapat sebarang arahan lagi tetapi jika ada, kita akan memberikan kenyataan rasmi.

“Kita pun masih menunggu tetapi kita akan cuba secepat mungkin,” kata pembantu itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS