Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar tetap enggan ambil gaji buat masa ini

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kekal dengan pendiriannya sebelum ini untuk tidak mengambil gaji bagi jawatan yang disandang sejak November 2022 itu selagi ekonomi negara tidak pulih sepenuhnya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pendirian sama turut diambil oleh jemaah menteri berhubung pemotongan gaji masing-masing sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Bercakap pada sidang media sempena program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 di Cyberjaya hari ini, Anwar berkata, pendirian itu akan kekal dilaksanakan kerajaan sehingga ekonomi negara kembali pulih.

"Setakat ini, saya umumkan saya tidak ambil gaji, dan potongan 20 peratus bagi yang lain (anggota kabinet) selagi ekonomi tidak pulih sepenuhnya... ada perubahan (ekonomi), tetapi belum boleh lagi (ambil gaji),” katanya.

Pada sidang media pertamanya sebagai perdana menteri pada 24 Nov 2022, Anwar berkata, dia tidak akan mengambil gaji bagi jawatan itu dan menyifatkan ia sebagai langkah pertama bagi menarik keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS