Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Langkah operasi BNM dorong kadar jangka pendek diunjur stabil
Diterbitkan:  Jan 18, 2024 11:00 AM
Dikemaskini: 3:48 AM

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Khamis, didorong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM24.07 bilion dalam sistem konvensional dan RM28.27 bilion dalam dana Islam.

Pada hari ini, bank pusat itu akan menjalankan masing-masing satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta selama lapan hari serta tender Qard bernilai RM500 juta, juga bagi tempoh lapan hari.

BNM akan turut menawarkan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion masing-masing selama 32 hari dan 91 hari.

Pada masa sama, bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar selama sebulan dan tiga bulan.

Seterusnya pada 4 petang, BNM akan melaksanakan satu tender semalaman konvensional sehingga RM25.6 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai sehingga RM27.8 bilion.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS